top of page

SEKAPUR SIRIH



Laman ini mengandungi pelbagai informasi dan alternatif yang memberikan jawapan kepada pelbagai isu semasa yang berlaku dalam kehidupan seharian. Satu-satunya laman psikologi yang berfokus kepada segala bentuk isu terkini dan menyajikan maklum balas secara profesional dengan pendekatan psikologi dari perspektif kaunseling konvensional. Pelbagai isu dikupas dengan teliti dan terperinci sebagai sumber maklumat yang berguna kepada semua dan memberi gambaran jelas terhadap sesuatu topik berkonsepkan psikologi dan kaunseling. Anda boleh mendapatkan maklumat dengan segera dan memberikan cetusan idea untuk sesuatu topik berdasarkan kepada keperluan semasa. Laman ini dibina oleh panel profesional yang berkaliber dalam bidang psikologi dan kaunseling yang sentiasa dikemaskini bagi memberikan maklumat yang terbaik dan bermanfaat kepada masyarakat.



Dari Salman al-Farisi r.a : Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Allah memiliki 100 kasih sayang, ada satu kasih sayang (telah diberikan) agar semua makhluk menyayangi di antara mereka, 99 kasih sayang lainnya untuk Hari Kiamat.” [2753] Sahih Muslim

Anda trauma dan sedih?? Mengapa anda harus membiarkan diri anda dikawal oleh emosi dan amarah anda??

Mungkin anda terlalu sedih dan kecewa. Perasaan anda dibelenggu dengan  pelbagai pemikiran yang bercelaru dan buntu. Mengapa anda tidak memecahkan kebuntuan itu??

Kami menyediakan konsultasi secara maya terhadap sebarang isu yang dikemukakan. Maklumbalas yang diberikan adalah bertujuan memberikan alternatif yang akan membantu membentuk kehidupan yang lebih harmoni.

© 2013 by TERATAK DAMAI KONSULTAN

@2013 by ANJUNG DAMAI KONSULTAN

Makluman: Laman sesawang ini hanyalah bertujuan untuk tugasan pembelajaran kursus e-kaunseling COU 3006. Harap maklum.

  • Wix Facebook page
  • Wix Twitter page
  • Wix Google+ page
bottom of page