
Anjung Damai Konsultan
Antara perkhidmatan kaunseling yang kami tawarkan adalah :
1. Kaunseling Kerjaya
PENGENALAN
Terdapat beberapa pandangan oleh pakar kerjaya terhadap pertumbuhan dan perkembangan kerjaya yang akan dilalui oleh seseorang individu.
Menurut Super (Osipow, 1973) terdapat 3 unsur penting dalam pembentukan konsep kendiri yang memberi kesan kepada perkembangan kerjaya seseorang individu iaitu ;
• Pembentukan konsep kendiri iaitu satu proses apabila seseorang itu melihat perbezaan dirinya dengan orang lain.
• Menterjemah konsep kendiri ke dalam istilah pekerjaan, mengenal pasti peranan orang-orang yang signifikan dan sedar akan kebolehan diri tentang sesuatu pekerjaan.
• Pelaksanaan konsep kendiri iaitu keperluan latihan professional bagi satu-satu kerjaya yang dipilih.
DEFINISI KERJAYA
• Kerjaya adalah satu rangkaian pekerjaan dan pengalaman yang dilakukan oleh seseorang itu dalam jangka masa tertentu bagi menjalankan tugas ( Rohany & Fatimah (1987).
• Satu proses menolong seorang memperkembangkan dan menerima satu gambaran lengkap tentang dirinya dan peranannya dalam dunia pekerjaan, dan seterusnya cuba berusaha menukarkan gambaran ini menjadi satu realiti ( Super (1981).
• Merupakan penglibatan yang berterusan dan perkembangan serta kemajuan seseorang dalam sesuatu lapangan/bidang (profesiona, kegiatan dan sebagainya).
PERSEDIAAN KERJAYA
Persediaan kerjaya perlu dimulakan dari awal persekolahan lagi kerana kerjaya memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang. Antara aspek yang ditekan dalam persediaan kerjaya ialah ;
• Akademik
• Kemahiran
• Mental
• Emosi
• Sosial
MENGENAL PASTI MINAT KERJAYA
- Menurut Sidek Mohd Noah (1992) untuk memastikan ciri-ciri personal individu selaras dengan keperluan-keperluan dalam sesuatu bidang kerjaya yang diceburi.
- Beberapa fasa telah dikenalpasti dan perlu dilalui supaya individu mencapai kepuasan di samping memberi sumbangan kepada produktiviti yang tinggi.
Klik "Fasa-fasa Pemilihan Kerjaya (Cadangan)"
SUMBER MAKLUMAT KERJAYA
- Para pelajar atau pencari kerja boleh mendapat maklumat-maklumat berkaitan kerjaya yang diminati di ;
a) IKLAN DI MEDIA MASA
- Pencari kerja perlu peka dan mengikuti maklumat semasa di media masa
- Media popular: akhbar dan buletin serta majalah, radio dan tv
b) AGENSI PEKERJAAN
- Membantu majikan mendapatkan pekerja dari IPT dan pusat latihan kemahiran
- Ada yang menggunakan internet untuk dihubungi seperti www. JenJOBS.com
c) TEMUDUGA TERBUKA
- 'Walk-In Interview’ ini mudah dan cepat bagi majikan
- Pencari kerja berbaris untuk temmuduga dengan membawa segala dokumen perlu
d) JABATAN TENAGA KERJA
- Ibu Pejabat di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya (www.jtksm.mohr.gov.my)
- Cawangan di seluruh negara
- Boleh terus daftar dengan mana-mana JTK dan menunggu jawapan
e) MAKLUMAT RAKAN
- Rakan-rakan yang sedang bekerja
- Maklumat lebih jelas tentang pekerjaan yang diminati
- Rakan menjadi orang tengah
- Banyak laman web berkaitan seperti www.jobsmalaysia.com , http://www.jobdb.com.my/, http://www.graduan.com.my/ dan http://www.jobstreet.com.my
- Permohonan terus melalui borang dalam laman web
f) SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA)
- Boleh mendaftar terus ( http://www.spa@gov.com.my">www.spa@gov.com.my/)
- Maklumat yang diberi betul dan tepat
- Borang SPA8 perlu diisi
g) TEMUDUGA DI KAMPUS
- Majikan buat temuduga di Universiti atau Kolej
- Temuduga di Universiti atau Kolej
- Biasanya di akhir pengajian Majikan buat temuduga di Universiti atau Kolej
h) PROGRAM LATIHAN INDUSTRI
- Disediakan oleh IPT atau Pusat kemahiran
- Syarikat atau badan tempat LI akan menerima bekerja dengannya
i) HARI KERJAYA
- Hari Kerjaya anjuran IPT dan sekolah
- Melibatkan banyak syarikat dan IPT
- Terus mengisi borang di tempat pameran
2. Kaunseling Keluarga
PENDAHULUAN
Keluarga merupakan sistem sokongan sosial yang paling kuat dalam kehidupan manusia. Hubungan antara ahli keluarga memastikan tahap sokongan sosial yang diterima oleh individu memberi kesan terhadap pembuatan keputusan, personaliti, cara pemikiran, gaya hidup dan sebagainya. Oleh itu, insitiusi keluarga amat penting dalam kehidupan kita bagi memastikan kita mendapat sokongan sosial yang dikehendaki.
SESI KAUNSELING KELUARGA
- Individu yang mempunyai masalah dalam hubungan kekeluargaan tidak kiralah berkaitan dengan perkahwinan mahupun hubungan sesama adik beradik dan juga ahli keluarga terdekat, tindakan menemui kaunselor boleh membantu klien mencapai tahap terapiutik dengan perluahan perasaan dan sebagainya.
- Kadang-kala sesi kaunseling boleh melibatkan dua orang bagi menyelesaikan masalah emosional dan interpersonal manakala Sapora Sipon (2002) pula menjelaskan kaunseling merupakan satu perhubungan sama ada dalam bentuk kelompok, keluarga atau individu yang bertujuan untuk meningkatkan kepercayaan, keselamatan dan perubahan. Kaunseling juga perlu menghasilkan tingkah laku yang bebas dan bertanggungjawab di pihak klien diiringi dengan kebolehan memahami dan mengurus emosi.
- Perhubungan ini biasanya bersifat bersemuka person-to-person, walaupun kadang-kadangkala ia melibatkan lebih daripada dua orang.

3. Kaunseling Maya /e-kaunseling
Kaunseling secara maya dilakukan apabila klien yang ingin berjumpa dengan kaunselor tetapi mempunyai banyak kekangan sehingga menyebabkan ahli tidak boleh bersemuka dengan kaunselor.
E-kaunseling sesuai untuk klien seperti;
1. Mempunyai masalah pendengaran atau bercakap, atau kedua-duanya sekali.
2. Duduk jauh dari pejabat kaunseling seperti kawasan pedalaman.
3. Tidak boleh memandu/ tidak mempunyai kemudahan pengangkutan.
4. Tidak dapat keluar dari rumah mereka.
5. Rasa malu untuk bersemuka dengan kaunselor.
6. Lebih cenderung kepada menulis daripada bercakap.
4. Kaunseling Individu
Bagaimana kaunseling individu dapat membantu klien?
- Kaunseling membantu ke arah kesejahteraan individu, melalui pendidikan, pencegahan pemulihan dan pengembangan
- Kaunseling membimbing individu mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapinya. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri.
- Melalui kaunseling keserabutan yang dihadapi akan dapat dirungkaikan sedikit demi sedikit. Dalam hal ini kaunselor memainkan peranan untuk membimbing individu melalui penerokaan masalah dan tindakan ke arah penyelesaian.
DEFINISI KAUNSELING INDIVIDU
-
Terdapat pelbagai definisi kaunseling individu yang telah dihuraikan oleh beberapa pakar kaunseling. Antaranya ialah :
a) Kaunseling individu sebagai satu perhubungan yang bersemuka di mana seseorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor. Perhubungan tersebut disifatkan oleh ciri-ciri seperti penerimaan klien secara tulen, saling hormat menghormati dan penekanan terhadap keperluan-keperluan dan perasaan klien.
b) Kaunseling individu sebagai perhubungan antara seorang yang lain dalam mana ia menolong untuk menyelesaikan konflik, atau pertikaian yang belum diselesaikan.
- Kamaruzaman Jamal dalam Abdul Halim Othman (1999) -
c) Kaunseling individu merupakan suatu pemusatan hal peribadi, huungan bersemuka antara dua manusia apabila seorang kaunselor dengan kemampuan yang ada padanya menyediakan satu situasi pembelajaran yang membolehkan kliennya mengenali dirinya sendiri, membuat keputusan dan pemilihan bagi memenuhi keperluan diri mereka sendiri.
- Muhd Mansur Abdullah (1993) -
5. Kaunseling Kelompok
DEFINISI KAUNSELING KELOMPOK
Menurut beberapa orang pakar kaunseling, kaunseling kelompok boleh didefinisikan sebagai ;
a) Kaunseling kelompok adalah satu pendekatan yang boleh digunakan oleh kaunselor terlatih untuk memberi pertolongan berkesan kepada beberapa orang individu biasa yang sedang menghadapi masalah seharian yang normal dalam satu jangka masa yang sama. Menurut beliau, pendekatan ini mempunyai objektif yang sama dengan kaunseling individu tetapi meliputi interaksi kaunselor dengan lebih individu.
- Zuraidah (1996;2004) -
b) Kaunseling kelompok merupakan proses perhubungan antara kaunselor dengan beberapa orang ahli. Mereka juga berpendapat bahawa kaunseling kelompok juga boleh menjadi agen pencegahan atau pengubatan bagi seseorang.
- Hansen, Warner dan Smith (1980) -
c) Kaunseling kelompok adalah satu proses perhubungan individu yang dinamik berasaskan fikiran dan kelakuan secara sedar. Nilai terapinya terletak pada suasana perasaan saling percaya dan mempercayai, penerimaan, faham memahami dan sokongan yang berpandukan pada kebenaran. Mereka juga berpendapat bahawa faedah terapi akan dinikmati dalam satu kumpulan kecil yang ahlinya secara sukarela berkongsi masalah peribadi dengan kaunselor dan ahli lain.
Ahli kelompok mestilah terdiri daripada ahli-ahli yang normal dan tidak memerlukan perubahan personaliti yang mendesak. Selain itu, ahli juga dapat berinteraksi dengan individu lain dalam kumpulan itu untuk menambahkan rasa kefahaman dan juga penerimaan nilai serta matlamat hidup sendiri di samping menerima atau membuang sikap dan kelakuan yang tidak diingini.
- Gazda, Ducan dan Meadows (1967) dalam Zuraidah (2004) -
6. Perkhidmatan Ujian Psikologi
Pengujian Psikologi dilakukan sebelum menjalankan sesi kaunseling
Tujuannya adalah untuk memudahkan kaunselor mengenalpasti personaliti yang dimiliki oleh klien sebelum menjalankan sesi.
Selain itu, dapat membina perkembangan diri dalam diri klien supaya dapat membentuk tingkah laku baru klien untuk mencapat keberkesanan sesi kaunseling.
7. Perkhidmatan Pembangunan Sahsiah Diri
Program Pembangunan Sahsiah
a. Kaunseling Berfokus
Program kaunseling berfokus wajib dilaksanakan dengan memberi penekanan dalam bidang sosial & masyarakat yang berkaitan dengan kemurungan, gengsterisme, masalah rumahtangga dan masalah disiplin yang lain berdasarkan keperluan sekolah.
b. Modul Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
Melaksana 6 bidang utama modul perkhidmatan bimbingan dan kaunseling iaitu bidang akademik, kerjaya, psikososial dan kesejahteraan mental, pembangunan diri murid, keibubapaan dan pendidikan pencegahan.
Program psikososial dan kesejahteraan mental
Melaksanakan program berasaskan keperluan utama sekolah seperti program-program berkaitan pembinaan karektor murid, keterampilan murid, kesihatan mental, pengurusan stress dan emosi , kemahiran asertif , penyelesaian masalah, komunikasi berkesan dan lain-lain
Program Pembangunan Kerjaya
Melaksanakan program berkaitan pembangunan dan pembentukan halatuju pendidikan dan kerjaya murid seperti inventori kerjaya, kemahiran penyediaan temu duga (resume, personaliti, soal jawab temu duga)
@2013 by ANJUNG DAMAI KONSULTAN