top of page

1. Apakah bentuk-bentuk E-Kaunseling?

  E-Kaunseling terdiri daripada 3 bentuk iaitu secara email,chit-chat dan  konferensi video.



2. Apakah yang dimaksudkan dengan kaunseling secara email,chit-chat dan konferensi video?

  Kaunseling secara email ialah klien menghubungi kaunselor melalui alamat email untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dan kaunselor membalas email dalam tempuh tertentu (24 jam, 48 jam dsb).

      Manakala chit-chat pula klien dan kaunselor bertemu dan berinteraksi di alam siber dalam masa yang sama. Klien juga boleh membuat temujanji tarikh dan masa bagi memastikan dapat  berinteraksi secara langsung.

     Konferensi video pula ialah kecanggihan pembinaan perisian laman web, Avatar Chat dibina bagi membolehkan pengguna menvisualkan ekspresi wajah dan suara mereka. Kecanggihan webcam membolehkan e-kaunseling dijalankan secara langsug 'bersemuka' dan membantu kaunselor dan klien memahami luahan masing-masing.



3. Siapakah yang paling sesuai menggunakan khidmat E-Kaunseling?

 - Mempunyai masalah pendengaran atau bercakap, atau kedua-duanya.

 - Duduk jauh dari pejabat kaunseling seperti kawasan pedalaman.

 - Tidak boleh memandu/ tidak mempunyai kemudahan pengangkutan awam.

@2013 by ANJUNG DAMAI KONSULTAN

  • Wix Facebook page
  • Wix Twitter page
  • Wix Google+ page
bottom of page